Kes hilang: 4 pelajar tahfiz dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan

Kehilangan empat murid (dari kiri, atas) Muhammad Abdul Razak, Ahlami Idraqy; (dari kiri, bawah) Muhammad Ammar Danish dan Muhammad Ammar Darwish akhirnya dijumpai dan kini berada dalam pengawasan pihak polis.
Kehilangan empat murid (dari kiri, atas) Muhammad Abdul Razak, Ahlami Idraqy; (dari kiri, bawah) Muhammad Ammar Danish dan Muhammad Ammar Darwish akhirnya dijumpai dan kini berada dalam pengawasan pihak polis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, di sini yang berjaya ditemui selepas dilapor hilang sejak Selasa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata, kesemua pelajar itu telah ditemui oleh orang awam pada jam 11.58 malam, Khamis.

"Keempat-empat pelajar itu sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi, Kajang sebelum ditemui orang awam sebelum diserahkan kepada Balai Polis Bangi.

"Kesemua mereka kini sedang mendapatkan pemeriksaan kesihatan di HKL," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Lazim
Mohd Lazim

Tambah beliau, keempat-empat pelajar akan diserahkan kepada pihak keluarga masing-masing selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

Katanya, siasatan lanjut kes ini masih dijalankan.

"Pada masa sama, polis memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan pihak polis," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan, Rasidi Othman iaitu bapa salah seorang pelajar terbabit meluahkan rasa syukur selepas anaknya dijumpai semula.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!