Lori tangki minyak terbalik di Lebuhraya KL-Karak, guna laluan alternatif

Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak.
Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan semua lorong di laluan itu ketika ini masih terhalang akibat kemalangan tersebut dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif.

"Kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan setakat ini, pihak lebuh raya telah melencongkan kenderaan lain supaya keluar ke persimpangan Genting Sempah dan menggunakan Jalan Gombak lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, jurucakap LLM memaklumkan pihak lebuh raya turut membuat median opening bagi kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan itu, bagi membolehkan membuat pusingan ‘U’ di KM28.4 untuk berpatah balik menghala ke Genting Sempah dan keluar daripada lebuh raya terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!