Kapal tangki minyak terbakar di luar pantai Jerman, operasi menyelamat dijalankan

Sebuah kapal tangki minyak terbakar di Laut Baltik di luar pantai timur laut Jerman.
Sebuah kapal tangki minyak terbakar di Laut Baltik di luar pantai timur laut Jerman.
A
A
A

KIEL (Jerman) - Sebuah kapal tangki minyak terbakar di Laut Baltik di luar pantai timur laut Jerman, kata Perkhidmatan Mencari dan Menyelamat Maritim Jerman pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Kesemua tujuh kru di atas kapal Annika, sepanjang 73 meter telah diselamatkan, tetapi stesen radio Ostseewelle melaporkan beberapa individu mengalami kecederaan.

Perkhidmatan penyelamat berkata kapal tunda penyelamat laut dalam serta helikopter dan kapal lain sedang dalam perjalanan ke kapal tangki itu.

Asap hitam dari kapal yang terbakar itu dilaporkan kelihatan dari pantai.

Pusat Pemerintah Jerman untuk Kecemasan Maritim telah mengambil alih operasi menyelamat. Butiran lanjut, seperti punca kebakaran, masih belum diketahui. - Bernama/dpa

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!