Ibu reka cerita diculik, minta wang tebusan RM70,000 dengan anak

Wanita berusia 55 tahun (dua, kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat bagi permohonan reman.
Wanita berusia 55 tahun (dua, kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat bagi permohonan reman.
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita yang menguruskan kedai makan miliki keluarga, sanggup mereka cerita kononnya diculik dan meminta wang tebusan bagi melangsaikan hutang along pada Khamis.

Wanita berusia 55 tahun itu dipercayai meminjam wang along termasuk mahu membayar gaji pekerja di kedai makan mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bagaimanapun tindakannya itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ibu kepada tiga anak itu menggunakan telefon bimbit sendiri dan menghantar pesanan wang tebusan berjumlah RM70,000 kepada anak lelakinya berusia 22 tahun.

Menurutnya, pada jam 11.15 pagi, wanita itu bersama anaknya telah pergi ke sebuah pasar raya di Bandar Melaka untuk membayar bil telefon.

Namun katanya, setiba di pasar raya itu, dia meminta anaknya menunggu dalam kereta sebelum dia mendapati ibunya masih belum kembali ke kenderaan walaupun telah menunggu selama lebih satu jam 30 minit.

"Anaknya mencari wanita di kawasan sekitar namun tidak menemui, sebelum menerima satu kiriman WhatsApp dari nombor telefon suspek yang meminta wang tebusan berjumlah RM70,000 sekiranya mahu ibunya selamat dan tidak memaklumkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Jelasnya, anak lelakinya itu kemudian segera membuat laporan polis.

"Melalui risikan yang dijalankan, suspek berjaya ditahan dalam surau sebuah stesen minyak di Taman Sri Maharani, Muar Johor kira-kira jam 3.30 pagi Jumaat sebelum dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"hasil soal siasat wanita itu mengaku kejadian diculik adalah palsu dan tindakannya mereka cerita kerana terdesak untuk menjelaskan hutang berjumlah RM15,000 kepada 10 orang ceti haram.

"Suspek kini direman selama enam hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!