KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular

Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36.
Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36.
A
A
A

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya memenangi pengiktirafan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-36.

Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic.

KJ yang memulakan tugas dan bersama keluarga Hot FM sejak lebih setahun lalu dilihat mempunyai aura tersendiri di halwa telinga pendengar.

Khairy buat kali pertama bersiaran di stesen radio Hot FM mengendalikan slot Bekpes Hot bersama Johan dan AG pada Februari tahun lalu.

Malah bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengesahkan dirinya bakal menyertai stesen radio itu dalam temu bual melalui telefon pada segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada Februari 2023. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!