Kebinasaan berganda di tenggara AS

Imej satelit dikeluarkan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) diambil pada Rabu menunjukkan pembentukan Hurikan Milton di Teluk Mexico.
Imej satelit dikeluarkan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) diambil pada Rabu menunjukkan pembentukan Hurikan Milton di Teluk Mexico.
A
A
A

FLORIDA - Ancaman hurikan Milton semakin lemah dan menjadi ribut kategori satu selepas ia membadai kawasan berhampiran Siesta Key, Florida, Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut kategori tiga pada lewat Rabu.

Pusat Hurikan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) bertindak menurunkan ancaman Milton yang menurut ramalan awal dijangka menjadi ribut kategori lima pada awal minggu lalu.

Impak amukan Milton itu turut menyebabkan lebih tiga juta kediaman dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik.

Beberapa pekerja di Kissimmee, Florida memasang pelindung di hadapan pintu kaca di premis perniagaan mereka.
Beberapa pekerja di Kissimmee, Florida memasang pelindung di hadapan pintu kaca di premis perniagaan mereka.

Milton membawa angin kencang berkelajuan sehingga 150 kilometer sejam dan hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat serta puting beliung hingga memaksa ratusan ribu penduduk di pesisir pantai di Tampa yang berpopulasi lebih tiga juta penduduk berpindah.

Sebanyak 11 kematian direkodkan akibat tornado dibawa Milton 'mengganas' di pantai timur Florida.

“Beberapa puting beliung dilaporkan di komuniti Spanish Lakes Country Club dan mengakibatkan kemusnahan harta benda yang besar,” kata Syerif St Lucie, Keith Pearson.

Presiden Joe Biden turut diberi taklimat tentang 'impak awal' Milton selepas ia diramalkan menjadi hurikan paling membinasakan di Florida dalam tempoh lebih seabad.

Artikel Berkaitan:

Penduduk terperangkap di tingkat dua sebuah pangsapuri yang ditenggelami banjir di Clearwater dipindahkan pasukan penyelamat.
Penduduk terperangkap di tingkat dua sebuah pangsapuri yang ditenggelami banjir di Clearwater dipindahkan pasukan penyelamat.

Ia tiba dua minggu selepas Helene menyebabkan kemusnahan besar di seluruh tenggara AS dan mengorbankan 237 orang.

Beberapa kawasan yang binasa dan masih belum pulih sepenuhnya akibat Helene terpaksa menghadapi impak dibawa Milton pula, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Sebagai persediaan menghadapi ketibaan Milton, kawasan tepi pantai Sarasota yang berpopulasi 57,000 penduduk dilaporkan lengang seperti 'bandar hantu' selepas kebanyakan penduduk masih berlindung.

Sebuah bot sesat tersadai di persimpangan jalan di Punta Gorda.
Sebuah bot sesat tersadai di persimpangan jalan di Punta Gorda.

“Situasi itu amat mendebarkan kerana melihat impak Helene yang seperti 'kiamat kecil' sebelum ini. Perasaan kami bercampur-baur kerana memikirkan nasib akan datang,” kata penduduk dikenali sebagai Brad Reeves, 55.

Di pusat bandar, beberapa hotel dijadikan tempat berlindung sementara segelintir penduduk setempat yang enggan berjauhan dengan rumah masing-masing.

Ramai yang turut membawa haiwan peliharaan mereka.

Amukan tornado menyebabkan beberapa pokok tumbang di Fort Myers.
Amukan tornado menyebabkan beberapa pokok tumbang di Fort Myers.

“Kami tidak sanggup meninggalkan ia di rumah dan perlu bersama-sama kami ke mana sahaja,” menurut Samuel Urzua, 53, merujuk kepada anjing kesayangannya digelar Bombon.

Saintis percaya taburan hujan luar biasa dan ribut kuat mengakibatkan kebinasaan dahsyat berlaku dengan lebih kerap di beberapa benua kerana peningkatan suhu disebabkan fenomena perubahan iklim. - Agensi

Puting beliung dibawa Milton menerbangkan bumbung sebuah rumah penduduk.
Puting beliung dibawa Milton menerbangkan bumbung sebuah rumah penduduk.

Helene yang membadai Carolina Utara pada bulan lalu telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang dahsyat.
Helene yang membadai Carolina Utara pada bulan lalu telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang dahsyat.

Penduduk masih giat melakukan usaha pembersihan sisa sampah ditinggalkan Helen di Pantai Redington, St Petersburg di Florida.
Penduduk masih giat melakukan usaha pembersihan sisa sampah ditinggalkan Helen di Pantai Redington, St Petersburg di Florida.

Imej diambil dron menunjukkan sebahagian kubah Tropicana Field diterbangkan Milton yang membadai St Petersburg.
Imej diambil dron menunjukkan sebahagian kubah Tropicana Field diterbangkan Milton yang membadai St Petersburg.

Kawasan kejiranan Siesta Key yang ditenggelami banjir.
Kawasan kejiranan Siesta Key yang ditenggelami banjir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!