Nahas pelajar UiTM: Elak buat sebarang spekulasi

Kemalangan mengakibatkan tiga penuntut UiTM Dungun maut di lokasi kejadian.
Kemalangan mengakibatkan tiga penuntut UiTM Dungun maut di lokasi kejadian.
A
A
A

KEMALANGAN yang meragut tiga nyawa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, pada Rabu selepas dirempuh wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) begitu meruntun hati rakyat Malaysia.

Sebaik insiden itu berlaku, beberapa keping gambar dan rakaman video tular di media sosial dan rata-rata memaklumkan wanita yang merempuh pelajar berkenaan merupakan pesakit mental.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakan dibuat mendapati rawatan kesihatan mental wanita tersebut tidak pernah direkodkan di mana-mana fasiliti kesihatan Terengganu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada wanita berkenaan ada menerima rawatan di negeri lain.

Dalam perkembangan sama, suami kepada wanita terbabit, Azhar, 53, memaklumkan bahawa isterinya itu mengalami masalah gangguan dan sering berhalusinasi serta bercakap bersendirian selepas terpaksa menggugurkan kandungan 10 tahun lalu.

Katanya, dia telah membawa isterinya berubat termasuk secara tradisional namun semua tidak berhasil.

Sehubungan itu, pengguna media sosial diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghukum perbuatan wanita berkenaan.

Dalam hal ini, biarlah pihak polis dan mahkamah menentukan hukuman yang selayaknya dijatuhkan kepada wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian pada 7.35 malam itu, tiga pelajar maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh suspek di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Tiga mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Manakala Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur cedera di pinggang dan sedang dirawat di Hospital Dungun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!