'Spiderman' nyata sokongan kepada Gaza

Rakaman pendek berdurasi 54 saat memaparkan Andrew menzahirkan rasa bahawa orang ramai perlu memberi perhatian kepada perihal nyawa yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza.
Rakaman pendek berdurasi 54 saat memaparkan Andrew menzahirkan rasa bahawa orang ramai perlu memberi perhatian kepada perihal nyawa yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza.
A
A
A

GENOSID yang dilakukan rejim Zionis terhadap Gaza turut mendapat perhatian pelakon hollywood, Andrew Garfield.

Andrew yang terkenal dengan watak sebagai Spiderman menyatakan bahawa masyarakat di dunia perlu memberi perhatian kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Kita patut bersama-sama dalam hal nyawa seperti rakyat Gaza di Palestin. Mungkin kita perlu meletakkan hati dan tenaga mengenainya.

“Sesiapa sahaja menderita, ditindas akan ketakutan dunia sekarang ini,” katanya ketika program bual bicara bersama pelakon, Josh Horowitz.

Rakaman pendek berdurasi 54 saat itu di muat naik dalam laman sosial, Instagram Middle East Eye pada Jumaat.

Setakat 7 Oktober lalu, Israel telah mengakibatkan seramai 41,870 orang syahid dan 16,927 daripadanya kanak-kanak dan 11,487 (wanita).

Serangan yang berlanjutan lebih setahun ini menyebabkan keadaan di Gaza lumpuh kerana kemudahan hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya musnah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!