717 daripada 1,091 projek pembangunan semula sekolah daif siap

Sehingga tahun 2024, sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan.
Sehingga tahun 2024, sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 717 daripada 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah siap sepenuhnya setakat 11 Oktober.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, 183 projek dalam pembinaan manakala 176 berada di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

“Sehingga tahun 2024, sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara telah diluluskan dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM8.5 bilion.

“Daripada jumlah tersebut, 339 projek dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri-negeri Semenanjung Malaysia,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut KPM, tempoh pembinaan bagi pelaksanaan projek itu adalah di antara enam bulan hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

Sementara itu, KPM turut memaklumkan, bagi memperkasakan pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

“KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani,” jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!