516 graduan Kolej UNITI bakal terima diploma

Seramai 516 graduan bakal menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre pada Ahad.
Seramai 516 graduan bakal menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre pada Ahad.
A
A
A

BANGI - Seramai 516 graduan bakal menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-21 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre pada Ahad.

Mereka terdiri daripada 414 orang graduan Kolej UNITI Port Dickson dan 102 graduan Kolej UNITI Kota Bharu.

Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, jumlah tersebut melibatkan 165 graduan dari Fakulti Pengurusan Industri Halal, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (288) dan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (63).

“Graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak mencatatkan jumlah terbesar iaitu seramai 187 orang, disusuli Diploma Pengurusan Industri Halal dengan 97 orang graduan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha akan merasmikan majlis istiadat seterusnya menyampaikan anugerah diploma kepada graduan.

“Beliau yang juga Fellow Akademi Sains Malaysia juga akan menyampaikan beberapa anugerah kepada graduan yang telah memperlihatkan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

“Antaranya, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Anugerah Khas Pelajar, Anugerah Khas Alumni dan Anugerah Presiden,” katanya.

Kolej UNITI Port Dickson yang mula beroperasi sejak 27 tahun lalu kini telah melahirkan ribuan graduan cemerlang, berketerampilan dan diterima baik oleh pihak industri.

Artikel Berkaitan:

Dengan kapasiti 3,000 orang pelajar, kampus Kolej UNITI Port Dickson yang terletak di Tanjung Agas, Port Dickson ketika ini menawarkan sebanyak 18 program pengajian peringkat diploma.

Kolej UNITI Port Dickson juga merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini yang menawarkan program pengajian Diploma Pengurusan Industri Halal iaitu pada 2013, sebelum mana-mana IPTA dan IPTS lain menawarkan program seumpama di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!