Nurul Aliya masih belum ditemui

Nurul Aliya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Nurul Aliya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Gadis orang kurang upaya (OKU) lembam, Nurul Aliya Zulkifli, 20 yang dilaporkan hilang di Taman Temerloh Jaya di sini sejak Ahad lalu masih belum ditemui setakat ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, sehingga kini juga belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian dan memberitahu operasi pencarian giat dilakukan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan Mazlan meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan gadis tersebut yang dilaporkan hilang selepas keluar membuang sampah yang terletak lima meter di depan rumah pada Ahad.

Kali terakhir gadis itu dilihat memakai baju berwarna putih belang biru, berseluar hitam dan berselipar.

Berdasarkan maklumat, gadis itu memiliki ketinggian 160 sentimeter, berat 45 kilogram dan memiliki kulit berwarna kuning langsat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Aliya diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di talian 09- 2716222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!