Zaidatul Husniah pecah rekod 31 tahun G Shanti
RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengukir sejarah tersendiri selepas melakar rekod kebangsaan baharu dalam acara 100 meter (m) di Kangar sebentar tadi.
Atlet berusia 31 tahun itu mencatat masa 11.49 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra.
Catatan masa tersebut sekali gus memadam rekod 11.50s milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 1993.
"Terima kasih kepada keluarga yang datang hari ini.
"Teruskan menyokong semua atlet. Terima kasih." katanya hiba.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!