Soal jawab lisan kurang satu, MP Alor Setar dakwa suara pembangkang di Parlimen makin dihadkan

Afnan Hamimi
Afnan Hamimi
A
A
A

SHAH ALAM - Soalan daripada ahli Parlimen pembangkang bagi Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat dikurangkan kepada empat berbanding lima sebelum ini.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, sebelum ini, 10 soalan awal dalam persidangan Parlimen dibahagikan sama banyak dengan ahli Parlimen kerajaan.

"Kami baru dimaklumkan peraturan terkini sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat (untuk 10 soalan awal). Sebelum ini, lima soalan MP (ahli Parlimen) kerajaan, lima soalan MP pembangkang.

"Selepas ini, enam soalan MP kerajaan (tambah satu), empat soalan (daripada) MP pembangkang (tolak satu).

"Suara pembangkang semakin dihadkan," dakwanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan bersidang selama 35 hari bermula Isnin ini hingga 12 Disember depan.

Sementara itu dalam hantaran sama, Afnan yang juga Ketua Pemuda Pas turut memuat naik senarai pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk sesi Dewan Rakyat Isnin ini.

Selain beliau, tiga lagi soalan daripada pembangkang akan ditanya oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN), Muhammad Ismi Mat Taib (Parit - PN), Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar - PN).

Artikel Berkaitan:

Di blok kerajaan, soalan akan ditanya oleh Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau-PH), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan - BN), P Prabakaran (Batu-PH), Manndzri Nasib (Tenggara-BN), dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya-PH).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!