Pengguna panik, bekalan cecair anti bakteria terhad

Bekalan hand sanitizer bagi kebanyakan jenama-jenama terkenal lain didapati telah habis.
Bekalan hand sanitizer bagi kebanyakan jenama-jenama terkenal lain didapati telah habis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hari ini saya sudah ke-10 tempat hanya untuk dapatkan bekalan hand sanitizer dan cecair anti bakteria tapi kebanyakan tempat sudah habis, kata seorang pengguna, Lee, 35.

Lee ditemui di sebuah pasar raya di Wangsa Maju berkata, dia mengambil langkah pencegahan ekoran penularan wabak koronavirus yang semakin membimbangkan.

Namun katanya, penggunaan cecair itu bukan perkara baharu baginya sekeluarga tetapi disebabkan virus berkenaan, dia mengambil langkah untuk menyimpan bekalan untuk kegunaan sendiri.

"Saya tinggal di Cheras, dah cari sampai ke Mont Kiara dan Wangsa Maju, banyak tempat yang sudah habis kerana ramai beli borong. Saya mencari yang jenis semburan.

"Di rumah memang saya sentiasa bersihkan dengan guna cecair anti bakteria. Tambahan pula saya ada anak kecil.

"Ibu saya pula akan ke luar negara dalam waktu terdekat. Jadi saya perlu cari 'travel pack' untuk beri dia bawa semasa di sana," katanya kepada Sinar Harian.

Lee (kiri) ditemui di sebuah farmasi Wangsa Maju sedang membeli bekalan hand sanitizer untuk kegunaan keluarga.
Lee (kiri) ditemui di sebuah farmasi Wangsa Maju sedang membeli bekalan hand sanitizer untuk kegunaan keluarga.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa premis jualan dan farmasi mendapati bekalan cecair anti bakteria bagi kebanyakan jenama-jenama terkenal telah habis.

Artikel Berkaitan:

Beberapa premis masih mempunyai stok namun agak terhad dan kebanyakannya adalah jenama farmasi berkenaan yang turut ditawarkan dengan harga promosi.

Sementara itu, salah seorang pembantu farmasi mahu dikenali sebagai Haida, 28, berkata, bekalan cecair anti bakteria mula terhad sejak seminggu lalu.

Katanya, rata-rata pengguna datang untuk membeli dalam jumlah yang banyak menyebabkan bekalan sedia ada berkurangan.

"Mungkin pengguna panik dengan kes wabak koronavirus menyebabkan mereka mula ada kesedaran untuk ambil langkah pencegahan.

"Tidak pasti bila stok baru akan sampai. Sebab sekarang permintaan agak tinggi," katanya.

Selasa lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang lelaki berusia 41 menjadi mangsa pertama warganegara Malaysia yang dijangkiti koronavirus.

Hand sanitizer turut ditawarkan dengan bentuk menarik.
Hand sanitizer turut ditawarkan dengan bentuk menarik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!