Syed Yazid peneraju baharu KLFA
SYED Yazid Syed Omar dipilih menerajui Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) selepas memenangi jawatan presiden badan induk itu di ibu negara sebentar tadi.
Beliau yang juga Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meraih 15 undi mengalahkan pemangku Presiden, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang meraih 12 undi pada Kongres ke-35 persatuan itu.
Syed Yazid bakal memimpin persatuan tersebut untuk tempoh empat tahun sehingga 2028.
"Alhamdulillah. Saya perlu teruskan perjuangan, amanah dan tanggungjawab.
"Isu kewangan dan tunggakan gaji (pemain Kuala Lumpur City FC) menjadi tugasan pertama saya," katanya ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu.
KLFA sebelum ini diterajui Khalid Abdul Samad dan kemudian melepaskan jawatan pada Mac lalu.
Dua jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi Datuk Sri Wong Yeon Chai yang meraih 15 undi, manakala Datuk Kamarudin Hassan 18 undi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!