UniKL MIIT dapat Malaysian Book of Records melalui AR Fun Mural

Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (kiri) dan Dekan UniKL Institute of Information Technology (UniKL MIIT), Profesor Madya Dr Mohd Nizam Husen (kanan). Foto Sinar Harian- ASRIL ASWANDI SHUKOR

A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur Institute of Information Technology (UniKL MIIT) berjaya melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records (MBOR) melalui acara Realiti Terimbuh (AR) Fun Mural terpantas.

Projek bertemakan Realiti Terimbuh Paling Pantas itu melibatkan lebih 100 individu terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah universiti berkenaan selain pelajar serta guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Gurney 2.

Program yang berlangsung pada 17 hingga 19 Ogos lalu berjaya disiapkan dalam tempoh 19 jam 54 minit iaitu kurang daripada 48 jam masa yang ditetapkan MBOR.

Pengerusi UniKL, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali berkata, program berkenaan bertujuan melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan memberi impak tinggi kepada negara.

Menurutnya, acara itu juga akan membolehkan pelajar mempunyai tahap pemikiran dan ketahanan tinggi dari segi mental serta fizikal.

“Lukisan mural tersebut meletakkan UniKL menjadi yang terpantas menamatkan projek serta mendapat pengiktirafan, syabas saya ucapkan.

“Buat julung kalinya kita bukan hendak mempamerkan mural sahaja tetapi juga mesej dan teknologi yang dipakai untuk menghasilkan mural AR itu, sejajar dengan perkembangan serta teknologi semasa.

“Ini adalah suatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan di Malaysia. Program sebegini bukan sahaja memberi kejayaan kepada UniKL tetapi juga khusus kepada pelbagai pihak untuk menjadikannya rekod Malaysia yang pertama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Majlis Penutupan Mewarna Mural Augmented Reality (AR) Terpantas, Malaysia Book Of Record (MBOR) di sempurnakan oleh Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan bunga Raya SK Jalan Gurney 2, Jalan Gurney 1 pada Sabtu. Foto Sinar Harian- ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Mewarna Mural Augmented Reality (AR) Terpantas - Malaysia Book of Record (MBOR) di SK Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden (Pembangunan Mahasiswa dan Gaya Hidup Kampus UniKL), Profesor Dr Zalizah Awang Long, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pejabat Mara Negeri Wilayah Persekutuan, Mohamad Saiffatullah Ahmad dan Ketua Bahagian Rekod dan Penyelidikan MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh.

Majlis Penutupan Mewarna Mural Augmented Reality (AR) Terpantas, Malaysia Book Of Record (MBOR) di sempurnakan oleh Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan bunga Raya SK Jalan Gurney 2, Jalan Gurney 1 pada Sabtu. Foto Sinar Harian- ASRIL ASWANDI SHUKOR
Majlis Penutupan Mewarna Mural Augmented Reality (AR) Terpantas, Malaysia Book Of Record (MBOR) di sempurnakan oleh Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan bunga Raya SK Jalan Gurney 2, Jalan Gurney 1 pada Sabtu. Foto Sinar Harian- ASRIL ASWANDI SHUKOR

Turut hadir, Ketua Tertiari, Bakat dan Keusahawanan Digital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Nik Hishamuddin Nik Mohd Yusoff serta Guru Besar, SK Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur, Jamilah Ariffin.

Bagi Dekannya, Profesor Madya Dr Mohd Nizam Husen berkata, projek tersebut bertujuan untuk mencantikkan dan mengaktifkan suasana sekolah dengan mural yang menggabungkan teknologi AR.

“Mural ini dapat memperkaya pengalaman pembelajaran melalui elemen interaktif malah menyahut cabaran kerajaan berkaitan usaha mempertingkatkan minat pelajar dalam bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Melalui kerjasama Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah, projek mural ini dapat memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Madani bertujuan untuk menyediakan akses pendidikan yang berkualiti,” jelasnya.

Ujar Mohd Nizam, program berkenaan adalah sebahagian usaha universiti itu untuk memperkenalkan TVET dan teknologi kepada pelajar sekolah rendah agar dapat membuat pilihan dalam bidang STEM pada masa hadapan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!