Pembangunan Pekan Mantin lebih efisien, sistematik dan ekonomik

Kerajaan Negeri Sembilan menerusi MBS melancarkan Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin membabitkan 30 cadangan projek pembangunan bagi menjadikan Pekan Mantin sebuah pekan yang efisien, sistematik dan ekonomik.
Kerajaan Negeri Sembilan menerusi MBS melancarkan Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin membabitkan 30 cadangan projek pembangunan bagi menjadikan Pekan Mantin sebuah pekan yang efisien, sistematik dan ekonomik.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melancarkan Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin membabitkan 30 cadangan projek pembangunan bagi menjadikan Pekan Mantin sebuah pekan yang efisien, sistematik dan ekonomik.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ia melibatkan projek sokongan, 'quick win' dan 'flagship' dengan pembangunan di pusat bandar, pengangkutan dan lalu lintas, saliran dan perparitan serta sosio ekonomi.

Arul Kumar (dua dari kanan) ketika hadir di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin pada Sabtu.
Arul Kumar (dua dari kanan) ketika hadir di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin pada Sabtu.

"Pelan seperti ini bukan sahaja untuk Mantin tetapi biasanya fokus kepada pekan atau bandar-bandar lama yang sebelum itu kita laksanankan di Pekan Nilai dan Bandar Seremban.

"Peruntukkan untuk memenuhi keperluan cadangan ini akan kita mohon daripada kementerian berkaitan termasuk pihak kerajaan Negeri Sembilan dan ia akan dilakukan secara berperingkat," katanya ketika hadir di Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali.

Mengenai pelan berkenaan, Arul Kumar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, antar objektif pelan itu adalah perancangan dalam penyediaan guna tanah, infrastruktur dan utiliti yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang seiring dengan perancangan pembangunan

"Selain itu, kita mahu membentuk suatu imej pekan melalui pengindahan landskap, papan tanda serta mercu tanda agar imej Pekan Mantin dapat dikekalkan di kawasan kajian.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga akan memperkukuhkan kemudahan sokongan yang memfokuskan kepada kemudahan pelancongan supaya dapat menarik pelancong luar mahupun tempatan untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

"Kita turut memfokuskan dalam menyediakan model dan pendekatan pembangunan yang berdaya laksana dan berdaya maju untuk tujuan diimplementasikan oleh agensi atau pihak berkaitan," katanya.

Dalam pada itu katanya, Pelan Tindakan Khas Pekan Mantin akan dijadikan rujukan bagi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak swasta dalam merancang apa sahaja bentuk kerangka pembangunan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!