Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,175, lebih 98,300 cedera

Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel semakin meningkat. Foto Xinhua
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel semakin meningkat. Foto Xinhua
A
A
A

GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin terbunuh dan 219 lagi cedera, menurut laporan perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,175 orang manakala 98,336 individu dilaporkan cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sumber yang sama turut melaporkan bahawa perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. - Bernama-Wafa

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!