Sila log masuk terlebih dahulu.

Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman termasuk PM, kerajaan Persekutuan

12 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman termasuk PM, kerajaan Persekutuan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan penarikan subsidi diesel di Semenanjung dan pengecualian subsidi itu terhadap Sabah dan Sarawak, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, tuntutan saman itu diberikan kepada empat pihak iaitu Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Menteri KPDN, Menteri Pengangkutan dan Menteri Ekonomi serta kerajaan Persekutuan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/690579/berita/nasional/subsidi-diesel-armizan-sahkan-antara-disaman-termasuk-pm-kerajaan-persekutuan

#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #kotakinabalu #subsididiesel