Ironman Langkawi: Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang

Syed Saddiq mengalami kecederaan ringan selepas basikal ditunggangnya terjatuh dan melanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia, di sini pada Sabtu. Foto tular/Ahmad Fadzil Ck
Syed Saddiq mengalami kecederaan ringan selepas basikal ditunggangnya terjatuh dan melanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia, di sini pada Sabtu. Foto tular/Ahmad Fadzil Ck
A
A
A

LANGKAWI - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya terjatuh dan melanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di sini pada Sabtu.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku semasa Syed Saddiq, 31, beraksi dalam disiplin berbasikal pada sebelah tengah hari, namun beliau tetap meneruskan acara tersebut dalam keadaan cuaca sedang hujan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kemalangan tersebut melibatkan ahli Parlimen itu.

“Setakat ini, difahamkan Syed Saddiq sedang berkayuh ke ‘checkpoint’ akhir untuk acara seterusnya iaitu acara larian,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

Penyertaan Syed Saddiq pada Ironman Malaysia tahun ini adalah kali pertama dan beliau perlu menamatkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!