Kapal tentera China berlabuh di Malaysia perkara biasa - Mohamad

Mohamad berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada golongan berusia 70 tahun ke atas dan Penyampaian sumbangan untuk kuil-kuil di Parlimen Rembau pada majlis yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Rantau hari ini. Foto Bernama
Mohamad berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada golongan berusia 70 tahun ke atas dan Penyampaian sumbangan untuk kuil-kuil di Parlimen Rembau pada majlis yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Rantau hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang baru-baru ini adalah perkara biasa dan tidak menjadi masalah kepada negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berikutan negara berkenaan sudah mempunyai hubungan dua hala yang terjalin sejak sekian lama.

"Tidak ada apa-apa masalah pun, bukan sekali dua kali kapal angkatan tentera negara asing datang berlabuh di negara kita.

"Ini merupakan salah satu perkara biasa dalam hubungan dua hala kita dengan negara negara luar.

"Melainkan kita tidak ada hubungan diplomatik tiba-tiba berlabuh itu tidak betul... Kita ada hubungan amat baik dengan negara China kerana China merupakan rakan dagang terbesar kita.

"Jadi itu (kapal berlabuh) bukan satu yang menghairankan atau luar biasa. Janganlah kita menjadi gempar pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyampaikan sumbangan sempena Deepavali 2024 di Dewan Orang Ramai Rantau pada Sabtu.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri berkenaan untuk kunjungan silaturahim.

Artikel Berkaitan:

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu menaiki dua buah kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China.

Mohamad berkata, situasi berkenaan dikatakan gempar apabila ia dikaitkan dengan kehadiran kapal maritim China di Laut China Selatan baru-baru ini.

"Yang jadi gempar kita ada nota bantahan tersebut dan ia bukan kali pertama kita menerima nota bantahan, berpuluh-puluh dari negara China, kita juga menghantar nota bantahan kepada mereka.

"Nota bantahan antara negara itu biasa, tetapi kita memandang serius setíap nota bantahan tersebut bagaimanapun ia tidak menjadi kerenggangan hubungan dua hala kita," katanya.

Katanya, setiap negara akan menjaga sempadan dan memastikan kedaulatan masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!