Polis kesan remaja hilang di Kota Setar

Nur Amiera Maisarah
Nur Amiera Maisarah
A
A
A

ALOR SETAR - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di daerah ini sejak semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi hantaran mengenai hebahan orang hilang di akaun Facebook memaklumkan remaja itu ialah Nur Amiera Maisarah Zulkefli.

Berdasarkan maklumat dalam hebahan itu, remaja terbabit memiliki ketinggian 156 sentimeter dan berat 49 kilogram selain memiliki parut melecur di bahagian muka serta kedua-dua belah tangan.

"Jika mana-mana pihak mempunyai pengetahuan tentang keberadaan atau terkesan penama, minta kerjasama untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Setar Sarjan Hajjar di talian 012-793 4731 atau Hotline IPD Kota Setar 04-774 7222 atau Hotline IPK Kedah di 04-774 1222,” menurut hantaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!