Tiga entiti mahu buat laporan ke EU

Saingan La Liga Sepanyol antara kejuaraan domestik Eropah berintensiti tinggi. Foto Agensi
Saingan La Liga Sepanyol antara kejuaraan domestik Eropah berintensiti tinggi. Foto Agensi
A
A
A

LIGA Eropah dan Kesatuan Pemain Profesional Dunia (FIFPRO) serta La Liga Sepanyol berhasrat memfailkan aduan bersama kepada Kesatuan Eropah (EU) terhadap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung jadual kalendar bola sepak.

Kelab-kelab elit ketika ini semakin bimbang berkenaan kepadatan jadual sekali gus memberi kesan terhadap kesejahteraan pemain apabila segelintir mula mengakui bergelut dengan tekanan fizikal dan psikologi biarpun bergaji lumayan.

Rayuan ketiga-tiga organisasi kepada pengawal selia antitrust EU yang pertama kali diumumkan pada Julai memberikan satu lagi cabaran kepada FIFA.

Dua minggu lalu, mahkamah tertinggi Eropah memutuskan bahawa peraturan perpindahan pemain FIFA melanggar undang-undang EU berikutan cabaran bekas pemain Lassana Diarra dari Perancis.

Liga Eropah, FIFPRO dan La Liga berkata, kalendar perlawanan antarabangsa, termasuk Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab yang diperbesarkan menjadi tidak mampan untuk liga domestik sekali gus mengundang risiko kesihatan kepada golongan pemain.

Ketiga-tiga entiti terbabit mendakwa FIFA menyalahgunakan kuasa pasarannya.

Sementara itu, FIFA mendakwa kalendar itu diluluskan sebulat suara ahli majlis selepas rundingan menyeluruh termasuk FIFPRO dan badan liga.

Suruhanjaya Eropah yang bertindak sebagai penguat kuasa persaingan untuk blok 27 negara boleh mengarahkan syarikat menghentikan amalan anti persaingan dan juga mendenda mereka.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!