Bekas calon ahli Parlimen ditangkap sebar kandungan lucah di TikTok

Maulidar berjaya ditahan polis. - Agensi
Maulidar berjaya ditahan polis. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Polis menahan bekas calon Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Maulidar Alias, 32, pada Sabtu lalu kerana didakwa menyebarkan kandungan lucah ketika dia sedang membuat penstriman langsung di TikTok.

Maulidar yang juga seorang pempengaruh ditahan di kediamannya di Cibubur, Depok,Jawa Barat dan telah dibawa ke balai polis Aceh untuk direman.

"Suspek ditahan kerana sudah dua kali melanggar panggilan polis untuk ke balai.

"Turut dirampas bersamanya adalah sebuah telefon pintar iPhone 14 Pro Max," kata Ketua Bahagian Subseksyen Jenayah Siber Polis Daerah Aceh, Kompol Ibrahim kepada pemberita pada Sabtu.

Tambah Ibrahim, penstriman langsung ketika suspek menyebarkan kandungan lucah itu telah ditonton oleh ribuan warga maya.

"Sekitar 3,400 orang menonton, kandungan itu tidak dibenarkan untuk disebarkan mengikut undang-undang Indonesia," katanya.

Akuan TikTok Maulidar atas nama @molly.mr.93 memiliki 258 ribu pengikut.

Maulidar didapati telah melanggar Pasal 27 ayat(1) jo Pasal 45 ayat (1) UU nombor 19 tahun 2016 atas perubahan Undang-undang nombor 11 tahun 2008, dan Undang-undang Pornografi Pasal 29 jo Pasal 4 ayat (1) Undang-undang nombor 44 tahun 2008 tentang Pornografi. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!