Gurun tandus berubah jadi hijau

Imej dari Nasa yang menunjukkan Gurun Sahara semakin menghijau.
Imej dari Nasa yang menunjukkan Gurun Sahara semakin menghijau.
A
A
A

PADA September 2024, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan imej permukaan muka bumi Gurun Sahara yang semakin menghijau.

Imej satelit NASA itu menunjukkan tumbuhan hijau meliputi selatan Gurun Sahara yang merupakan salah sebuah kawasan paling kering di dunia berikutan berlakunya Taufan Extratropical yang membadai bahagian barat laut Afrika pada September.

AFRIKA
Sungai dan lagun air terbentuk selepas ribut hujan melanda Gurun Sahara. - Agensi
AFRIKA Sungai dan lagun air terbentuk selepas ribut hujan melanda Gurun Sahara. - Agensi

Dalam pada itu, kawasan di Maghribi, Algeria, Tunisia dan Libya yang jarang menerima hujan kini menerima kesan turut menghijau.

Fenomena hijau yang berlaku ketika ini mungkin memberi petunjuk tentang potensi penghijauan yang lebih kekal di kawasan gurun pada masa hadapan.

RUSIA
Pada 2021, kawasan bertandus di selatan Siberia, Rusia, berubah menghijau hingga telah menarik perhatian ramai termasuk pengkaji. Saintis berkata pemanasan global telah merubah arah tiupan angin hingga menjadikan tiupan angin lebih kencang dan mendatangkan hujan lebat di kawasan itu. -Agensi
RUSIA Pada 2021, kawasan bertandus di selatan Siberia, Rusia, berubah menghijau hingga telah menarik perhatian ramai termasuk pengkaji. Saintis berkata pemanasan global telah merubah arah tiupan angin hingga menjadikan tiupan angin lebih kencang dan mendatangkan hujan lebat di kawasan itu. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Berikutan peningkatan suhu global akibat pencemaran bahan api fosil, saintis berpendapat lebih banyak hujan mungkin akan turun di kawasan berkenaan.

ARAB SAUDI
Kawasan pergunungan yang tandus di Arab Saudi kian menghijau kini. Sebelum itu, dalam laporan Nasa, agensi itu memuat naik empat imej angkasa iaitu pada 1987, 1991, 2000 dan 2012 yang menunjukkan permukaan gersang bumi Arab Saudi sudah bertukar kepada menghijau sedikit demi sedikit.
ARAB SAUDI Kawasan pergunungan yang tandus di Arab Saudi kian menghijau kini. Sebelum itu, dalam laporan Nasa, agensi itu memuat naik empat imej angkasa iaitu pada 1987, 1991, 2000 dan 2012 yang menunjukkan permukaan gersang bumi Arab Saudi sudah bertukar kepada menghijau sedikit demi sedikit.

Sebelum itu, NASA juga berkongsi imej beberapa kawasan kering termasuk permukaan muka bumi Arab Saudi yang semakin menghijau.

Berikut beberapa kawasan yang tandus berubah menjadi hijau sejak kebelakangan ini. - Agensi

MAGHRIBI
Sebuah oasis terbentuk akibat hujan lebat melanda kawasan padang pasir Merzouga, berhampiran Rachidia, tenggara Maghribi.
MAGHRIBI Sebuah oasis terbentuk akibat hujan lebat melanda kawasan padang pasir Merzouga, berhampiran Rachidia, tenggara Maghribi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!