Gudang terbakar: Dua warga Bangladesh melecur meninggal dunia

Kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri terbakar pada Khamis.
Kilang di Kawasan Perindustrian SILC, Iskandar Puteri terbakar pada Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dua daripada tiga pekerja warganegara Bangladesh yang melecur dalam insiden kebakaran membabitkan empat buah gudang di Kawasan Perindustrian SILC di sini Khamis lalu meninggal lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, seorang mangsa meninggal dunia pada lewat malam Jumaat manakala seorang lagi meninggal dunia awal pagi Sabtu.

"Dua mangsa warga Bangladesh telah meninggal dunia, manakala seorang lagi masih mendapat rawatan.

"Seorang pekerja meninggal dunia lebih kurang jam 10 malam pada Jumaat manakala seorang lagi pekerja meninggal dunia lebih kurang jam 2.15 pagi Sabtu.

"Hasil laporan bedah siasatan, punca kedua-dua mangsa yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun disebabkan kecederaan terbakar yang teruk 'severe burn injury'," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, empat gudang simpanan termasuk dua gudang menyimpan bahan dipercayai 'thinner' terbakar sehingga menyebabkan tiga pekerja lelaki warga asing cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjutan.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan 80 peratus tiga stuktur gudang, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan 10 peratus.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!