100 tumbler percuma sempena Hari Mesra MBSA

Info grafik sempena Hari Mesra MBSA dikongsi di laman Facebook MBSA
Info grafik sempena Hari Mesra MBSA dikongsi di laman Facebook MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Program Hari Mesra Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Dataran Kemerdekaan pada hari ini.

Pihak MBSA akan membuka kaunter jabatan dan menyediakan perkhidmatan semakan dan bayaran kompaun tempat letak kereta, menerima aduan, cadangan serta maklumbalas untuk penambahbaikan sistem pengurusan dan perkhidmatan MBSA.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, sebagai penghargaan, ‘tumbler’ eksklusif menanti kepada 100 pelanggan terawal.

"Anda boleh mengemukakan isu, aduan dan cadangan kepada kami untuk tindakan penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan 100 orang pengunjung terawal akan menerima botol air percuma.

"Anda juga boleh menikmati pengurangan kompaun tempat letak kereta berjumlah RM20 dan sebanyak 75 peratus pengurangan kepada kompaun MBSA yang terpilih berakhir pada 30 Oktober.

"Ayuh rebut peluang ini sebelum kempen tamat. Jumpa kami di lokasi," menurut MBSA menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!