Polis buru dua lelaki samun guna pisau depan mesin ATM

Tangkap layar video tular kejadian samun di hadapan sebuah mesian ATM di Senai.
Tangkap layar video tular kejadian samun di hadapan sebuah mesian ATM di Senai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis giat memburu dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjatakan pisau di hadapan mesin ATM di sebuah bank di Senai yang video kejadian tular.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, siasatan dilakukan mendapati kejadian berlaku pada 26 September lalu lebih kurang jam 11 malam membabitkan seorang mangsa lelaki tempatan berumur 36 tahun.

"Ketika kejadian mangsa selesai mengeluarkan wang dan telah didatangi dua suspek yang tidak dikenali menunggang motosikal.

"Salah seorang suspek telah bertindak mengacukan ke arah mangsa dan merampas dompet milik mangsa. Mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

"Akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,350.

"Pihak polis kini giat mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Menurut beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 392 kanun keseksaan.

Sebelum itu, video rakaman papan pemuka kereta yang berdurasi 30 saat memaparkan, seorang lelaki berjalan keluar dari bank ke kereta sebelum disamun lelaki yang mengacukan pisau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!