Ronaldo terus tajam ledak gol untuk Portugal

Ronaldo. Foto AFP
Ronaldo. Foto AFP
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo terus berbisa meledak gol ketika Portugal menewaskan Poland 3-1 untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Negara-Negara.

Bernardo Silva meletakkan Portugal mendahului pada minit ke-26 di Warsaw disusuli gol daripada Ronaldo sembilan minit kemudian.

Ronaldo yang berusia 39 tahun telah menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan kempen Liga Negara-Negara ini untuk Portugal.

Piotr Zielinski mengurangkan defisit gol untuk Poland tetapi gol sendiri Jan Bednarek mengesahkan kemenangan untuk Portugal yang selangkah ke pusingan suku akhir.

Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Poland. Foto AFP
Ronaldo (kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Poland. Foto AFP

“Kami bekerja keras sejak beberapa hari lalu dan kami dapat mempamerkannya di atas padang. Saya benar-benar berpuas hati kerana kami mengawal permainan ini.

“Kami bermain hebat sebagai satu pasukan," kata pengendali Portugal, Roberto Martinez.

Portugal kini mengumpul sembilan mata maksimum dalam Kumpulan A1, tiga mata di hadapan Croatia yang menewaskan Scotland 2-1.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!