Belanjawan 2025 ambil kira cadangan pelbagai industri, rakyat akar umbi

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican melepaskan peserta larian lima kilometer pada Acara Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2 pada Ahad. Foto Bernama
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican melepaskan peserta larian lima kilometer pada Acara Larian Kewangan 2024 di Dataran Wawasan, Persiaran Perdana, Presint 2 pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Proses libat urus Belanjawan 2025 telah dilaksanakan di semua negeri bagi memastikan kerajaan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai pihak, industri dan rakyat di peringkat akar umbi.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican berkata, pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum kelak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat ini (18 Oktober). Beliau telah melaksanakan pelbagai libat urus dengan pihak berkepentingan.

"Pihak kami (kini) dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum kelak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas acara Larian Kewangan 2024 yang dianjurkan sempena Hari Sukan Negara, di sini pada Ahad.

Johan berkata, selain mengadakan majlis libat urus di Kementerian Kewangan, program tersebut turut dilaksanakan dengan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Kulim, Kedah dan sektor industri sawit di Ipoh pada minggu lepas.

Pada 7 Oktober lepas, Anwar menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata,e Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau berkata, lebih banyak penambahbaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2026 untuk memastikan pertumbuhan pesat ekonomi dapat dikongsi bersama rakyat secara saksama.

Artikel Berkaitan:

Belanjawan 2025 bertemakan "Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera" itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMKe-13 bagi tempoh lima tahun akan datang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!