'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari

Tangisan berpanjangan selain sukar membuang air besar yang dialami seorang kanak-kanak berusia 19 bulan akhirnya terjawab apabila Daneen Auni Riksi disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Tangisan berpanjangan selain sukar membuang air besar yang dialami seorang kanak-kanak berusia 19 bulan akhirnya terjawab apabila Daneen Auni Riksi disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ibu bapa kepada Daneen Auni Riksi, kanak-kanak yang menghidap kanser ovari tahap tiga berhasrat menamatkan kutipan dana untuk menampung kos rawatan anak mereka.

Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.

Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, ketika ini dia dan suami fokus kepada penyembuhan Daneen Auni, namun dalam masa sama berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan anak mereka sejak kisah disiarkan di Sinar Harian.

"Saya dan keluarga sama sekali tidak menyangka kisah anak kami akan mendapat liputan yang meluas sebegini.

"Kami bersyukur kerana diberi kekuatan dengan doa dan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk media.

"Sehingga hari ini, dana terkumpul adalah kira-kira RM105,000 dan dengan ini kami hentikan segala penyaluran dana terhadap anak kami.

"Sejak semalam kami mulai menolak jika ada pihak yang menghubungi kami kerana dana sudah pun mencukupi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Fallarystia dalam pada itu memberi jaminan bahawa wang itu digunakan hanya untuk kos rawatan dan keperluan anaknya.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kami juga akan membuka akuan khas untuk anak kami dan pihak kami berjanji kepada semua bahawa sumbangan ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk keperluan serta keselesaan anak kami.

"Kami juga meminta doa supaya perjuangan kemoterapi Daneen Auni yang seterusnya berjalan lancar. Setakat ini, anak kami semakin memberikan tindak balas yang positif dan semakin membaik," katanya.

Katanya lagi, anaknya itu dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas dalam masa terdekat.

"Kami juga turut berterima kasih kepada pihak Hospital Kota Marudu dan HWSKKS yang terlibat sejak awal anak saya dimasukkan ke dalam wad," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!