Ahli politik veteran India ditembak mati di luar pejabat ADUN
NEW DELHI - Seorang ahli politik veteran, Ziauddin Siddique ditembak mati di luar pejabat anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Zeeshan Siddique di kawasan Bandra, Mumbai pada malam Sabtu.
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique, lapor media tempatan.
Pembunuhan itu menggemparkan bandar yang terkenal sebagai pusat kewangan dan perfileman India.
Dua suspek kini berada dalam tahanan polis.
Siddique, 66, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak tiga kali dan merupakan tokoh politik berpengalaman di Maharashtra.
Beliau meninggalkan Parti Kongres Nasional India pada Februari untuk menyertai Parti Kongres Nasionalis (NCP) yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Ajit Pawar.
Pembunuhan berlaku ketika Maharashtra, antara negeri yang paling berpengaruh dari segi politik di India, sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri akhir tahun ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!