800 unit darah dibekalkan ke gudang di selatan Gaza

Keadaan di Gaza. Foto AFP
Keadaan di Gaza. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Kementerian Kesihatan Palestin berjaya menghantar 800 unit darah dari makmal pusat di Ramallah ke gudang di selatan Gaza, dengan kerjasama Yayasan Rahma dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada fasa kedua kempen "Our Blood is One", yang menyaksikan sumbangan darah dari penduduk Palestin di utara dihantar kepada mereka di selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan kementerian itu.

Menteri Kesihatan, Majed Abu Ramadan berkata, "Kami bekerja tanpa henti untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan mendesak rakyat kami di wilayah selatan, dengan kerjasama institusi antarabangsa dan organisasi kesihatan."

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel agar menghentikan serangan yang semakin meningkat, yang dengan sengaja menyasarkan pusat-pusat perubatan di Gaza. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!