Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri

Keadaan rumah yang terbakar dan menyebabkan seorang penghuni melecur dalam kejadian di Kampung Patikung Ulu, Keningau.
Keadaan rumah yang terbakar dan menyebabkan seorang penghuni melecur dalam kejadian di Kampung Patikung Ulu, Keningau.
A
A
A

KENINGAU - Seorang lelaki nyaris rentung selepas rumah sewanya antara tiga yang terbakar dalam kejadian di Kampung Patikang Ulu, di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan melecur bahagian bahu akibat disambar api ketika sedang tidur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.50 pagi dan seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer.

"Kebakaran melibatkan tiga rumah sewa jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan terdapat seorang mangsa melecur serta dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Tiga rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Patikang Ulu, Keningau awal pagi Ahad.
Tiga rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Patikang Ulu, Keningau awal pagi Ahad.

"Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang tidur, namun hanya menyedarinya apabila bahunya terbakar akibat disambar api lalu bertindak terjun setinggi satu meter dari tingkap bagi menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.34 pagi dan operasi hanya ditamatkan kira-kira dua jam kemudian selepas anggota memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!