Nahas pelajar UiTM: Muhammad Ammar Danish dibenarkan pulang hari ini
13 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua buah motosikal yang kini dirawat di Hospital Dungun di sini dibenarkan pulang pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, Pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Perakaunan UiTM kampus Dungun, Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, bersama keluarganya akan dihantar pulang ke Keramat, Kuala Lumpur menggunakan ambulans universiti tersebut.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Dungun #nahasUitm