'Syukor anugerah ALLAH SWT'

Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.
Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menjadi popular dengan caranya tersendiri, Syukor Khamis, 14, antara remaja paling bertuah.

Tidak perlu berdandan mahupun pakaian mewah, hanya keikhlasan, tampillah keindahan wajahnya yang terpapar di lensa para jurugambar.

Syukor bermanja bersama seekor kerbau peliharaan bapanya. Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.
Syukor bermanja bersama seekor kerbau peliharaan bapanya. Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.

Anak bongsu dari lapan beradik ini sangat istimewa kerana mampu ‘berinteraksi’ dengan kesemua haiwan ternakan ayahnya.

Ayahnya, Khamis Jusoh, 63, sesekali tidak menyangka, keistimewaan anaknya itu mampu memberi sesuatu yang di luar jangkaannya sekeluarga.

“Saya tak sangka, apa yang Syukor buat bersama haiwan ternakan kami, menjadi istimewa di mata orang lain hingga mencetuskan fenomena luar biasa.

“Mungkin ini kelebihan dia dan saya anggap ia kurniaan ALLAH SWT dan tidak ternilai,” katanya yang sudah 30 tahun menternak haiwan.

Bukan hanya Syukor, Khamis berkata, kesemua anak-anaknya termasuk dua anak perempuan boleh berinteraksi dengan haiwan terutama kerbau.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin kali ini ia menjadi rezeki buat Syukor kerana haiwan-haiwan ini nampaknya lebih menunjukkan rasa sayang ketika bersamanya.

"Syukor ini anugerah ALLAH SWT kerana dia berkawan dengan semua haiwan termasuk kambing, lembu, angsa dan ayam kampung,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupan harian Syukor, sejak dia dikenali, lebih 100 jurugambar dari dalam dan luar negara mengunjungi kediamannya untuk merakam gambar Syukur dan haiwan ternakan.

“Memang kini jadual dia agak padat, ramai media yang datang untuk rakam gambar dam menemubual dia.

"Namun, tumpuan terhadap pelajaran tetap diutamakan,” katanya yang kini mempunyai 115 kerbau, lebih 20 ekor kambing dan empat ekor lembu.

Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.
Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.



[ARTIKEL BERKAITAN:Syukor satu dalam sejuta]

Sementara itu, Syukor tidak pernah menyangka aksinya bersama kerbau yang dirakam jurugambar menjadikan dia kini dikenali di seluruh dunia.

Rakaman gambar pertamanya mula diambil pada 2015 ketika berusia 10 tahun oleh seorang jurugambar dari Kelantan yang dikenali sebagai Yaman.

Selepas itu, Syukor mula dikunjungi beberapa jurugambar dari dalam dan luar negara untuk merakam aktivitinya bersama kerbau dan haiwan lain ternakan bapanya.

"Masa saya darjah empat, ada orang datang cari saya minta bergambar dengan kerbau. Waktu tu saya tak berfikir panjang dan terus sahaja penuhi permintaan itu.

"Selepas itu, ramai juga yang datang untuk ambil gambar saya bersama kerbau dan bermain bersama haiwan ternakan yang lain.

“Tak sangka pula saya boleh popular sampai tahap ini," katanya yang bertutur pekat dalam dialek Terengganu.

Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.
Foto:Facebook Syukor Khamis - Kampung Boy.

Katanya, keinginan untuk mendekati haiwan itu bermula sejak berusia enam tahun disebabkan sering mengikuti bapanya ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

“Dulu-dulu saya selalu tengok ayah bermain dengan haiwan ternakannya, saya pun rasa nak cuba.

“Tak sangka pula haiwan-haiwan ini suka bermain dan bermanja dengan saya.

"Dalam banyak-banyak kerbau, paling saya sayang ialah Awang, Semek dan Baba, malangnya ada antaranya dah mati,” katanya yang bercita-cita ingin menjadi penternak profesional.

Gambar Syukor bersama sekawan kerbau itu menjadi tular di media sosial setelah menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!