Anak Nadir Al-Nuri sambung pengajian di UMPSA

Nadir Al Nuri bersama isteri, Reem Almenawi hadir menemani Mushtaha Eman mendaftar pengajian di UMPSA. Foto Facebook UMPSA
Nadir Al Nuri bersama isteri, Reem Almenawi hadir menemani Mushtaha Eman mendaftar pengajian di UMPSA. Foto Facebook UMPSA
A
A
A

KUANTAN - Anak Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mushtaha Eman antara pelajar baharu yang mendaftar bagi mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi sesi akademik 2024/2025.

Mushtaha Eman satu-satunya warganegara Palestin bagi program prasiswazah yang mula mendaftar di UMPSA bagi mengikuti pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) Fakulti Komputeran universiti itu.

Nadir Al Nuri bersama isteri, Reem Almenawi turut hadir menemani anak mereka pada Sabtu bagi melihat sendiri suasana kolej kediaman dan fakulti yang akan menjadi rumah kedua Mushtaha Eman sepanjang pengajian di UMPSA.

Sementara itu, Nadir Al-Nuri dan keluarga turut bersama lebih 3,000 warga UMPSA serta warga Pahang membanjiri Dewan Kompleks Sukan universiti bagi menyaksikan Malam Gema Insan Di Bawah Langit Aman yang diadakan bersempena Ekspo Konvokenyen UMPSA 2024.

Malam Gema Insan mengangkat tema keamanan dengan menyampaikan mesej solidariti ke arah keharmonian dengan penampilan beberapa artis popular tanah air.

Acara yang dimulai dengan gimik pelancaran Ekspo Konvokesyen UMPSA 2024 itu dihadiri Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohd Rusllim Mohamed.

Nadir Al-Nuri dan keluarga turut bersama lebih 3,000 warga UMPSA serta warga Pahang membanjiri Dewan Kompleks Sukan universiti bagi menyaksikan Malam Gema Insan Di Bawah Langit Aman yang diadakan pada Sabtu bersempena Ekspo Konvokenyen UMPSA 2024. Foto Facebook UMPSA
Nadir Al-Nuri dan keluarga turut bersama lebih 3,000 warga UMPSA serta warga Pahang membanjiri Dewan Kompleks Sukan universiti bagi menyaksikan Malam Gema Insan Di Bawah Langit Aman yang diadakan pada Sabtu bersempena Ekspo Konvokenyen UMPSA 2024. Foto Facebook UMPSA

Dr Yuserrie berkata, selaras dengan saranan dan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahasiswa kini perlu diberi lebih ruang dan tanggungjawab dalam membuat keputusan semasa di kampus.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, gerakan dan aktiviti mahasiswa di UMPSA telah diberi kebebasan dan kuasa mengurus dan mentadbir dengan bimbingan daripada pelbagai pihak universiti.

“Pelbagai aktiviti menarik dirancang menjelang Majlis Konvokesyen termasuklah Hari Terbuka UMPSA melibatkan reruai kelab, persatuan mahasiswa UMPSA dan agensi-agensi jabatan kerajaan dan bukan kerajaan.

"Penganjuran Ekspo Konvokesyen menjelang Majlis Konvokesyen UMPSA yang ke-19 pada 26 hingga 29 Oktober ini merupakan satu manifestasi dan mesej cukup jelas bahawa anak muda masa kini cukup bertenaga, kreatif dan optimis untuk memimpin apabila mereka diberi pendedahan mengurus program," katanya.

Jelasnya, turut berlangsung hari terbuka bagi memberi peluang mahasiswa tahun satu khususnya meneliti dan berinteraksi dengan lebih dekat bersama wakil kelab dan persatuan badan pelajar aktif yang ada di universiti ini mengikut minat serta keperluan nilai diri masing-masing.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!