Pelajar maut dalam perjalanan pulang IKBTN Pagoh

Seorang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh maut selepas terlibat kemalangan berhampiran susur masuk ke Simpang Renggam di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) pada malam Sabtu. - Foto tular
Seorang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh maut selepas terlibat kemalangan berhampiran susur masuk ke Simpang Renggam di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) pada malam Sabtu. - Foto tular
A
A
A

KLUANG – Seorang pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh maut selepas terlibat kemalangan berhampiran susur masuk ke Simpang Renggam di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Adam Zulkiflee, 20.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya, Irfan Danish Faizel Amrey, 19, mahu pulang dari Johor Bahru ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, Irfan Danish yang berada di hadapan telah memberhentikan motosikal ditunggangnya kerana mengelak sebuah kereta memasuki susur masuk ke Simpang Renggam secara mengejut.

"Akibat daripada itu, Adam yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tayar motosikal ditunggang Irfan Danish menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Menurut Bahrin lagi, akibat kejadian itu, Adam telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, rakan mangsa iaitu Irfan Danish tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!