Malaysia amal dasar baik dengan semua negara, benarkan kapal berlabuh kecuali Israel

Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 pada Ahad. Foto Bernama
Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) ke-78 pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Malaysia mengamalkan dasar baik dengan semua negara dan membenarkan mana-mana kapal untuk berlabuh, kecuali Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan isu yang perlu diperbesarkan.

"Kita mempunyai 'operasi ketenteraan bersama’ dalam kawasan kita dengan Amerika Syarikat, China, Singapura, Indonesia, dan India. Apa masalahnya?"

"Bagi saya tiada masalah, hal ini telah berlaku sejak lama. Malah, jika kerajaan dahulu yang bersama PAS, Bersatu itu kapal terbang Israel pun boleh lalu, masuk pelabuhan tiada isu, sekarang jadi isu.

"Kita ingin menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan dasar baik dengan semua negara. Kapal yang ingin berlabuh di pelabuhan kita akan dibenarkan dari semua negara, tiada kompromi, kecuali untuk Israel. Itu adalah dasar yang kita amalkan sekarang, tetapi kini dijadikan isu," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di sini pada Ahad.

Anwar berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa kemasukan kapal perang seolah-olah akan melakukan serangan dan mengambil alih negara tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, bahawa kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Hasan berkata permohonan berkaitan kunjungan delegasi China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!