JPV siasat kematian anjing liar 'Kopi'

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Terengganu menyiasat kes kematian melibatkan seekor anjing liar diberi nama Kopi yang disyaki mati ditembak.

Pengarah JPV negeri, Dr Anun Man berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung video memaparkan kematian anjing tersebut yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

Menurutnya, kes tersebut sedang disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

"Pihak jabatan ingin memaklumkan bahawa perkara ini dalam perhatian dan siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu video tular tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya di sini pada Ahad.

Sebelum ini, anjing liar tersebut pernah tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar di sebuah taman perumahan di negeri ini ditemui mati dipercayai ditembak.

Akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) berkongsi video berdurasi 52 saat yang memaparkan anjing liar itu mati akibat kecederaan serius.

Menurut MFD, kejadian itu disedari seorang penduduk di taman perumahan itu selepas terdengar bunyi tembakan kuat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!