Helikopter AW 149 penuhi keperluan penugasan cabang ATM - Panglima TUDM

Asghar Khan (kanan) hadir Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar pada Ahad.
Asghar Khan (kanan) hadir Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemilihan Helikopter Leonardo AW149 yang bakal menggantikan Nuri atau Sikorsky S-61 bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilihat mampu memenuhi spesifikasi keperluan penugasan cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan berkata, pertimbangan sewajarnya telah dibuat pihaknya selain aset itu mampu melaksanakan tiga penugasan utama iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pencarian dan penyelamatan tempur (CSAR) serta utiliti.

"Dalam hal ini, kami telah menyenaraikan spesifikasi bermula dari satu tahap tertentu, hingga ke tahap yang lebih tinggi bagi melaksanakan tugas-tugas berkenaan.

"Penilaian dilakukan kemudiannya mendapati Leonardo AW149 dengan spesifikasi ketenteraan ini, dilihat berada dalam lingkungan tahap spesifikasi diperlukan.

"Jika kita memilih untuk mendapatkan helikopter jenis lain, kita mungkin perlu berbelanja lebih. Lagi pun kos operasi Leonardo AW149 ini juga mungkin lebih rendah daripada helikopter jenis lain," katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz mempersoalkan pemilihan Leonardo AW149 bagi menggantikan Nuri kerana mendakwa helikopter itu lebih bersifat untuk kegunaan awam di pelantar minyak, berbanding kegunaan tempur.

Asghar Khan menyempurnakan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar pada Ahad.
Asghar Khan menyempurnakan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar pada Ahad.

Jelas Ahli Parlimen Tanah Merah itu, berbanding Leonardo AW149, helikopter H225M (EC725 Caracal) mempunyai keupayaan lebih baik dan perlu dijadikan sebagai pilihan jika usaha untuk mendapatkan Black Hawk sukar.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Asghar Khan hadir Majlis Perbarisan Pemakaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan 85/23 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter 65/23 di Kolej Tentera Udara di sini.

Jelas Asghar Khan, helikopter tersebut bakal diperoleh secara sewa beli dan TUDM tidak perlu membuat sebarang penyelenggaraan terhadapnya.

Menurutnya, jika kontrak sewa beli berkenaan dimeterai untuk tempoh 15 tahun, pihaknya akan memperoleh aset tersebut selepas tempoh berkenaan.

"Pada waktu yang sama, TUDM juga akan menghantar krew untuk diberi latihan mengenai helikopter ini.

"Ertinya jika helikopter tersebut perlu dihantar ke mana-mana dalam keadaan tertentu, kami juga boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tanpa kehadiran kontraktor," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!