Dua maut, kereta api laju terbalik di Itali
MILAN - Dua orang terbunuh selepas kereta api berkelajuan tinggi tergelincir di utara bandar Lodi, Itali.
Menurut laporan BBC, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta api manakala seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan parah.
Semasa kejadian, terdapat 33 penumpang dan hanya sejumlah kecil mengalami cedera ringan.
Kemalangan berlaku semasa kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Milan ke bandar Salerno.
Susulan kejadian, semua perkhidmatan kereta api laju laluan Milan-Bologna digantung dan dialihkan melalui laluan konvensional.
Laporan itu juga memberitahu nahas berkenaan kali pertama berlaku membabitkan kereta api laju.
Akibat pelanggaran itu, bahagian hadapan kereta api dan gerabak pertama terpisah dengan gerabak yang lain dan terbalik.
Kereta api yang memiliki kelajuan 300 kilometer sejam (186 mph) secara amnya cekap, selamat dan tepat. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!