Hotel di utara Itali terbakar, 40 mangsa dirawat di hospital

Kebakaran bermula di sebuah bilik teknikal di tingkat dua hotel dan dengan pantas merebak ke bahagian lain bangunan. Gambar hiasan
Kebakaran bermula di sebuah bilik teknikal di tingkat dua hotel dan dengan pantas merebak ke bahagian lain bangunan. Gambar hiasan
A
A
A

ROM - Lebih 270 tetamu terpaksa dipindahkan dari sebuah hotel di bandar Abano Terme, utara Itali selepas kebakaran berlaku lewat malam Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik agensi berita Itali ANSA pada Ahad.

Kira-kira 40 orang menerima rawatan kecemasan dan dihantar ke hospital akibat terhidu asap, sementara pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sebelum subuh.

Kebakaran bermula di sebuah bilik teknikal di tingkat dua hotel dan dengan pantas merebak ke bahagian lain bangunan.

Tiga sekeluarga bersama anak kecil yang terperangkap di tingkat enam hotel, berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba menggunakan tangga penyelamat. - Bernama/dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!