Cerun runtuh, Jalan tengkolok di Cameron Highlands ditutup

Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula Ahad ekoran kejadian cerun runtuh. Foto Facebook JKR

A
A
A

KUANTAN - Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran kejadian cerun runtuh.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak dan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan sedang giat dijalankan.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan. Segala kesulitan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak JKR Cameron Highlands menerusi talian 05-4911 105,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!