PRN Sabah: Tidak mustahil parti tunggal boleh bentuk kerajaan - KDM

Peter Anthony
Peter Anthony
A
A
A

PAPAR - Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony tidak menolak kemungkinan bahawa parti tunggal di negeri itu boleh membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Beliau yang yakin akan memenangi sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, mungkin KDM akan memberikan kejutan dalam senario politik Sabah.

"Tidak mustahil, oleh kerana kita lihat sekarang jumlah kerusi yang kita akan pergi ini dalam 35 kerusi dan kekuatan sebuah parti yang bertanding untuk majoriti mudah itu adalah 37 kerusi.

"Jadi saya ingat tidak ada masalah, kalau kita boleh pergi 45 kerusi, jadi tiada masalah untuk kita menjadi parti tunggal membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera PRN17 DUN Limbahau, di Dewan Kampung Biau, di sini pada Ahad.

Peter dalam pada itu kekal dengan pendirian untuk tidak menjalin kerjasama dengan mana-mana parti sebelum PRN diadakan dan fokus kepada kerusi yang ingin ditandingi.

"Di peringkat kita yang penting kita bertanding seberapa banyak kerusi yang ada, bila kita bertanding banyak kita akan jadi penentu dalam kedudukan tersebut.

"Bila kita jadi penentu dan kita akan nyatakan bahawa apa juga kerjasama atau gabungan kerajaan selepas pilihan raya nanti mestilah mengikut kedudukan yang telah kita cadangkan.

"Sebab itu sekarang kita tidak mahu berhubung dengan mana-mana parti ketika ini, lagi pun mereka tidak mahu kita terutama parti tempatan lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!