Bangunan runtuh di Melaka: CIDB keluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta

laporan Sinar harian pada Sabtu.
laporan Sinar harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta berhubung kejadian runtuhan struktur utama bangunan yang sedang dalam pembinaan di daerah Melaka Tengah, Melaka.

Pengarah CIDB Melaka, Mohd Rizal Norman berkata, ia berikutan siasatan awal mendapati kontraktor utama projek tersebut mempunyai pendaftaran yang sah di bawah lembaga berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, tiga pekerja binaan warga asing yang terbabit dengan insiden itu tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan atau akreditasi pekerja daripada CIDB.

“Tiga pekerja itu termasuk dengan yang sudah meninggal dunia. Pihak CIDB Melaka sedang mendapatkan maklumat terperinci bagi membantu siasatan.

“Oleh kerana kes keruntuhan tersebut menyebabkan kematian, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 34D, Akta 520, iaitu kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor.

“Sekiranya sabit kesalahan, kontraktor terbabit boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kes yang berlaku pada 11 Oktober sekitar jam 6.15 petang itu mengakibatkan struktur utama bangunan runtuh semasa dalam pembinaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang maut merupakan warga Bangladesh dikenali Jidan berusia 22 tahun ditemui kira-kira jam 9.55 malam.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dua mangsa warga Pakistan iaitu Zubair Ahmed, 32, dan Abbas Ghulam, 49, ditemui pada jam 6.40 petang dan 8.40 malam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, R Saiful Iswandy R Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 6.18 petang sebelum pegawai dan anggota tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Kerja-kerja menyelamatkan mangsa dilakukan dengan kekuatan seramai 81 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan BBP Melaka Tengah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!