PM sampai sumbangan kepada pelajar B40 Parlimen Tambun berjaya lanjut pelajaran ke IPT

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

IPOH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada 100 pelajar di Parlimen Tambun yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata, pelajar dalam kalangan keluarga B40 itu menerima RM500 setiap seorang.

"Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup keluarga pelajar yang dibantu agar mereka turut mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sumbangan itu juga diharap mampu memberi suntikan motivasi pelajar dalam meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

"Perdana Menteri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited untuk membantu golongan pelajar menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan aspek pembangunan program, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di negara ini,” katanya.

Muhammad Kamil berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berterusan dan memfokuskan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!