Acara 'tiup lilin dapat wang' meriahkan hari keluarga

Tular satu rakaman video di laman sosial, TikTok milik @marianaskhair yang memaparkan gelagat kaum Adam keluarganya melakukan aktiviti tiup lilin dengan ganjaran wang.
Tular satu rakaman video di laman sosial, TikTok milik @marianaskhair yang memaparkan gelagat kaum Adam keluarganya melakukan aktiviti tiup lilin dengan ganjaran wang.
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap kali berbicara mengenai hari keluarga, sudah pasti ia dimeriahkan dengan aktiviti seperti permainan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di laman sosial, TikTok milik @marianaskhair yang memaparkan gelagat kaum Adam keluarganya melakukan aktiviti tiup lilin dengan ganjaran wang.

Seorang pekerja di syarikat swasta, Che Maria Che Khair, 46, berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk melakukan acara menarik pada hari perjumpaan saudara mara.

Che Maria
Che Maria

“Anak saudara yang memberi idea untuk mengadakan aktiviti sedemikian kerana ia lebih menarik, lain daripada yang lain dan lebih mengujakan.

“Saya tidak menyangka acara meniup lilin secara santai itu telah memeriahkan lagi suasana. Semakin banyak lilin terpadam maka banyak juga wang yang akan dimenangi,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Che Maria memaklumkan, wang yang diletakkan pada setiap lilin itu adalah hasil sumbangan daripada saudaranya.

Jelas wanita yang berasal dari Selama, Perak, wang tersebut diagihkan dengan cara melakukan aktiviti permainan bagi tujuan mencipta kenangan bersama.

Artikel Berkaitan:

“Menariknya, mereka (ahli keluarga) boleh mencuba untuk meniup lilin sehingga berjaya memperoleh duit. Semakin jauh lilin, semakin tinggi ganjaran hadiah (wang).

“Alhamdulillah semua gembira dan puas hati dengan aktiviti yang diadakan. Insya-ALLAH, kami akan adakan acara yang lebih menarik dan kreatif pada hari pertemuan keluarga akan datang,” ujarnya.

Pada masa sama, Che Maria berkata, perjumpaan itu hanya dapat dilakukan apabila ada majlis perkahwinan saudara mara.

“Kali ini ada majlis perkahwinan saudara terdekat di Ipoh, Perak. Jadi kami ambil kesempatan yang ada untuk berkumpul beramai-ramai dan melakukan aktiviti menarik,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!