Tiga kali gerai dipecah masuk, rugi RM3,000

Rafika Fitri di hadapan gerainya di kawasan Perindustrian Bahau.
Rafika Fitri di hadapan gerainya di kawasan Perindustrian Bahau.
A
A
A

JEMPOL - "Jika tidak kuat semangat, saya tidak berniaga dah hari ini."

Itu luahan peniaga, Rafika Fitri Masweldi, 34 pemilik gerai makanan dan minuman bawah pokok, Amperadilla di kawasan Perindustrian Bahau di sini.

Katanya, sepanjang 10 tahun berniaga tiga kali gerainya dipecah masuk membabitkan kehilangan tong gas, peralatan makanan termasuk sudu dan garfu.

"Kerugiannya lebih kurang RM3,000, bagi peniaga seperti saya ini jumlah berkenaan agak besar kerana pendapatan saya bergantung sepenuhnya dengan jualan ini semata-mata.

Bakso antara menu istimewa di gerai Rafika Fitri.
Bakso antara menu istimewa di gerai Rafika Fitri.

"Bagaimanapun, saya anggap itu sebagai cabaran orang berniaga selain pernah ditipu bayaran kod QR, ada juga selepas tempah makanan kemudian tidak membuat pembayaran," katanya kepada Sinar Harian.

Rafika Fitri yang mula menjalankan perniagaan sejak 2014 dengan menu istimewanya pisang goreng cheese, bakso, soto dan nasi ayam penyet.

Menceritakan mengenai perniagaannya, Rafika berkata, memilih berniaga makanan selepas tertarik dengan keenakan rasa tiga menu istimewanya itu.

Artikel Berkaitan:

Antara menu segar di gerai Rafika Fitri.
Antara menu segar di gerai Rafika Fitri.

"Untuk mendapatkan rasa yang 'mewah', saya belajar memasaknya dengan Allahyarham ibu angkat saya. Alhamdulillah berbaloi orang kata. Kini ia mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.

"Saya berharap perniagaan saya ini dapat bertahan sampai bila-bila kerana ia bagaikan jiwa saya," katanya.

Katanya, sehingga kini dia masih dalam proses meningkatkan ilmu dalam memastikan perniagaannya bertahan lama termasuklah dari segi pengiraan kos bahan, upah pekerja dan lain-lain.

Pisang Cheese
Pisang Cheese

"Tawakal kita dalam mencari rezeki dalam bidang perniagaan ini adalah tinggi sebab kita tidak tahu esok perniagaan ini macam mana, ada untung atau tidak.

"Tetapi saya tetap yakin kalau usaha pasti ada hasilnya, sebab ALLAH SWT dah tentukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!