Harimau Malaya idam kejutkan All Whites

Pemain dan pegawai skuad Harimau Malaya bergambar di Stadium North Harbour selepas menjalani sesi latihan untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand hari ini.
Pemain dan pegawai skuad Harimau Malaya bergambar di Stadium North Harbour selepas menjalani sesi latihan untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand hari ini.
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang dijangka sukar menentang pasukan ranking ke-95 dunia, New Zealand dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium North Harbour pada Isnin.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berkata, beliau menyedari kualiti dimiliki pasukan All Whites itu yang dibarisi kebanyakkan pemain di Liga Eropah, namun skuad negara telah melakukan persediaan yang cukup rapi.

Beliau turut mendedahkan telah menilai corak permainan New Zealand dan percaya sesuatu boleh dilakukan para pemainnya dalam perlawanan itu.

“New Zealand mempunyai ramai pemain yang beraksi di Eropah dalam liga tertinggi.

“Mereka juga (dalam tiga perlawanan terakhir) sering bermain di laman lawan dan apabila bermain di laman sendiri,mereka sudah tentu akan mempunyai motivasi tinggi dan mahu menang.

“Jadi, kami perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan yang sangat sukar,” katanya.

Kali terakhir Harimau Malaya bertemu New Zealand pada 18 tahun lalu dan tewas 0-1 ketika dibimbing oleh Norizan Bakar pada aksi persahabatan pertama di Christchurch, 19 Februari 2006.

Kemudian, skuad negara turut tewas 1-2 dalam perlawanan persahabatan kedua di Auckland, 23 Februari 2006.

Artikel Berkaitan:

Pau Marti juga mahu memandang ke hadapan untuk meraih keputusan positif dalam perlawanan tersebut sekali gus dapat memperbaiki ranking Harimau Malaya yang ketika ini berada di kedudukan ke-132 dunia.

“Sudah tentu setiap perlawanan membabitkan Harimau Malaya sangat istimewa. Kami boleh mencipta sejarah sekiranya kami melakar kemenangan.

“Kami juga boleh memperbaiki ranking berada di kedudukan bawah 130 sekiranya menang dan ia menjadi satu langkah besar buat pasukan dalam memberikan motivasi dan keyakinan,” katanya.

Skuad Harimau Malaya telah berada di New Zealand sejak 6 Oktober lalu dan menjalani kem latihan pusat di sana selain turut mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Auckland FC yang berkesudahan seri 1-1.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!